No water supply Monday, Mar 3 2008 

Nilai – Almost all students in the Faculty of Leadership and Management (FKP) suffered when there was no water supply at the surau.

They had to perform ablution in the toilet, making them uncomfortable. Nurul Hidayah Ramli, 22, a student of Da’wah Program claimed that this is the worst situation and should not happen.

“The surau was small and the number of students is increasing.  The surau is always packed at the peak time and now there were no water supply. There were no other surau here and I have to do my ablution in the toilet,” she said.

A lecturer, Suria Hani, 27 said that she had a lecture at two and most of the students came late.

“I feel pity for the students, they were rushing to the class and to make it worse there were no water supply,” she said. She also added that all the nearest toilet were full because of this problem.

“There were lots of students queuing up in the toilet during Zohor prayer,” she said. 

Meanwhile, Siti Norhamizah Sazali, 22, student from Counseling Program told that the day before, the situation were even worse that the surau was flooded.

“Yesterday, this surau cannot be used because it was flooded and today there were no water supply. It totally disturbs our daily activities,” she said.

She hopes that this problem can be encounter as soon as possible because the surau is the most important facilities since there were no mosque in the campus.

“I really hope that this problem will not happen again since this is an Islamic university. I wonder how if there are visitors coming,” she said.

Mana kafeteria? Friday, Feb 15 2008 

NILAI – Kolej kediaman tiada kemudahan kafe. Inilah realiti yang terpaksa dihadapi kira-kira 500 pelajar USIM di kolej kediaman mereka, Desa Jati.
  Situasi ini telah menghantui mereka sejak sebulan yang lalu. Seorang pelajar yang ditemui, Nazirah Mohd, 22 berkata “Kafe ini sudah tidak beroperasi sejak kami mendaftar masuk pada semester ini”.
  Rata-rata pelajar di sini berasa bimbang kerana mereka terpaksa keluar membeli makanan di kedai-kedai yang berhampiran. Malah harga makanan agak mahal.
  Seorang pelajar Wan Syukriah Wan Baharuddin berkata “Harga makanan restoran di sini agak mahal dan mereka tidak mengambil kira kami sebagai pelajar”.
  Seorang lagi pelajar, Hannan Ismail, 24, menyifatkan keadaan ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana pelajar-palajar di sini tidak dibenarkan memasak. Kebanyakan pelajar perlu menghadiri kelas sebelah malam sehingga jam 10.
  “Kami ada banyak kelas malam dan tidak sempat untuk membeli makanan pada waktu petang”.
“Pihak pengurusan asrama pula tidak membenarkan kami membawa periuk nasi dan ini mendatangkan masalah,” tambahnya.
  Mereka turut bimbangkan tahap keselamatan kerana kawasan ini dipenuhi dengan warga asing. “Kami kadang-kadang takut untuk keluar membeli makanan pada waktu malam kerana ramai pendatang asing berkeliaran di sini,” rintih Milah Zakaria, 23.
  Kakak kepada seorang pelajar, Adriana Alya, 27, juga risau dengan situasi ini memandangkan kolej kediaman bercampur dengan orang luar.
  “Saya berharap pihak pengurusan berusaha secepat mungkin menangani masalah ini memandangkan kawasan ini dihuni oleh pelajar perempuan sahaja,” pintanya.
  Tinjauan juga mendapati kawasan sekitarnya amat gelap dan terdapat ramai warga asing yang melepak.

  Pihak pengurusan asrama, Encik Khairi ketika ditemui berkata, mereka telah sedia maklum dengan situasi ini dan sedang berusaha mencari pengusaha cafe yang baru. Beliau turut menasihatkan pelajar-pelajar ini supaya keluar secara berkumpulan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pelupusan Yuran Sekolah: Membebankan atau Meringankan? Friday, Feb 15 2008 

Sejak kebelakangan ini, isu kenaikkan harga barang hangat diperkatakan. Dari kenaikkan harga bahan mentah dan barang keperluan harian sehinggalah kepada isu yuran persekolahan menjadi topik utama perbincangan.

            Pada pembentangan Belanjawan Budget 2008 yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa yuran persekolahan akan dilupuskan. Rata-rata ibu bapa merasa lega dengan keputusan tersebut.

            Namun, apabila sesi persekolahan 2008 bermula, terdapat banyak desas-desus berkaitan yuran persekolahan. Seperti yang telah diketahui umum bahawa tiada lagi yuran persekolahan akan dikenakan. Tetapi hakikatnya ia telah diganti dengan yuran tambahan yang agak mengelirukan.   

            Para ibu bapa telah menerima surat pekeliling yang menyatakan yuran tahunan yang dikenakan sebelum ini sebanyak RM 4.50 bagi sekolah rendah dan RM 9 bagi sekolah menengah setahun telah digantikan dengan Yuran Pakej  Tambahan.

            Bertitik tolak dari situ, lahirnya 1001 keraguan berkaitan yuran persekolahan. Ia dilihat lebih membebankan ibu bapa malah keadaan bertambah buruk apabila ada pihak sekolah mengenakan pelbagai caj yuran yang boleh dianggap pelik.

            Akibat wujudnya pelbagai spekulasi, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa dasar kerajaan tidak pernah mewajibkan bayaran yuran tambahan. Pihak kementerian juga menetapkan paras siling atau amaun maksimum bayaran bagi sekolah rendah ialah RM 38.50 manakala bagi sekolah menengah sebanyak RM 55.50. Ia merangkumi aktiviti kokurikulum, sukan tahunan, kertas ujian dalaman, kegiatan pendidikan Islam dan Moral selain Skim Perlindungan Diri.

            Namun segala penjelasan yang dibuat tidak mampu meredakan hati ibu bapa yang terus dilanda kebimbangan. Malah lebih memburukan keadaan lagi, wujudnya pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan ke atas masalah ini. Hampir setiap sekolah di setiap negeri mengalami masalah yang serupa.

            Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya, Johor Bahru, telah mengenakan yuran penyelenggaraan tandas kepada pelajarnya. Walaupun amaunnya hanya sebanyak RM 5, namun tindakan pengurusan sekolah tersebut sudah pastinya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ibu bapa.

            Seorang bapa, Mohd Abdullah, 37, mengakui terkejut apabila dikenakan yuran berkenaan selain yuran tambahan semasa membayar yuran persekolahan anak sulungnya yang menuntut di tingkatan dua sekolah tersebut.

            Masalah ini telah mendapat perhatian Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon. Malah beliau mengarahkan agar pihak pengurusan sekolah terbabit memulangkan kembali yuran penyelenggaraan tandas tersebut. Beliau turut menjelaskan bahawa yuran tersebut tidak sewajarnya dikenakan berikutan kos penyelenggaraan tandas adalah di bawah tanggungjawab sekolah menerusi peruntukkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

            Berbeza pula dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh. Sekolah tersebut mengenakan caj tuala wanita kepada pelajar perempuan. Bayaran sebanyak RM 26 setahun itu termasuk dengan yuran keseluruhan yang berjumlah RM 112.50 bagi setiap pelajar perempuan yang mendaftar bagi kemasukkan ke tingkatan satu. Lebih menghairankan lagi, caj tuala wanita itu tidak disenaraikan dalam senarai pakej yang diberikan kepada ibu bapa sebelum itu. Malah resit yuran tuala wanita tersebut diberi secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dan yuran sekolah. Seorang suri rumah, Salizawati, 33, berkata, bayaran itu disedarinya ketika diminta oleh guru di sekolah tersebut ketika membuat bayaran pendaftaran anaknya.

“Saya merasa pelik ketika cikgu meminta saya membayar lagi RM 26 untuk tuala wanita sedangkan keperluan itu sememangnya disediakan oleh ibu atau pelajar itu sendiri,” katanya.

            Para ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Tun Dr. Ismail (SK TTDI) pula dikejutkan dengan senario di mana mereka dibebani dengan kutipan yuran untuk tabung PIBG sebanyak RM 145. Ia merangkumi yuran PIBG sebanyak RM 40, bayaran dewan RM 15, bayaran penyelenggaraan sekolah RM 20 dan bayaran komputer RM 70. Jumlah ini amat mengejutkan para ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Seorang ibu, Solehah Abd Latif, 30, berkata, dia amat terperanjat melihat jumlah yuran PIBG yang terlalu tinggi daripada catatan yuran tambahan sekolah untuk anaknya.

            Situasi ini menjelaskan bahawa pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 ini telah menimbulkan kekeliruan dan kesamaran di kalangan ibu bapa. Malah ada yang menyifatkan pemansuhan yuran tersebut bukan lagi menyenangkan, sebaliknya menyusahkan dengan pelbagai yuran tambahan yang agak mahal.

            Di Kelantan pula, golongan ibu bapa mengeluh apabila mereka terpaksa menanggung bayaran tambahan persekolahn yang mencecah sehingga RM 180. Sudah terang-terangan ianya bertentangan dengan kadar bayaran yang di tetapkan oleh kerajaan.

            Keadaan yang sama juga berlaku di Perak, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Kedah di mana perlaksanaan langkah baru ini dilihat tidak membawa sebarang kesan. Sebaliknya kadar bayaran yuran persekolahan adalah lebih mahal berbanding tahun lepas dan sebelumnya. Seorang pekerja swasta yang juga bapa kepada tiga orang anak, Lee Azlin Johan, 30, menyuarakan pendapatnya agar dikekalkan sahaja yuran persekolahan yang lalu kerana ianya tidak membebankan.

“Lebih baik kekalkan sahaja yuran sebelum ini yang jauh lebih murah dan berpatutan,” ujarnya.

            Dasar kerajaan yang telah memperkenalkan sistem Pakej Bayaran Tambahan bertujuan untuk memudahkan pengurusan sekolah dan jauh sekali untuk membebankan golongan ibu bapa. Jika diteliti semula, pakej-pakej yang ditawarkan oleh kerajaan adalah berpatutan dan tidak setinggi seperti yang didakwa. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri telah meluluskan dan akan turut memantau semua jenis pembayaran di sekolah-sekolah. Tiga pakej tersebut mengikut jenis sekolah, lokasi sekolah, bilangan murid dan status ekonomi masyarakat setempat. Sekolah hanya akan memilih satu sahaja pakej pembayaran dengan mengambil kira persekitaran sekolah, pandangan guru dan PIBG. Seorang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Residensi (RRGS) di Pulau Pinang, Siti Saadah Mustafa, 29, menegaskan bahawa yuran tambahan yang akan dikenakan adalah mengikut piawaian kerajaan. Ianya mengikut latar belakang kawasan tersebut dan ditentukan ketika mesyuarat PIBG.

“Kita akan mengenakan yuran persekolahan sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan dan ianya juga ditentukan bersama dengan persetujuan semua (PIBG),” jelanya.

            Setiap sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Penentuan Yuran Tambahan yang dianggotai oleh wakil guru-guru, ibu bapa dan dipengurusikan oleh pengetua atau guru besar untuk memilih pakej yang sesuai. Seorang wakil PIBG Sekolah Menengah Raja Tun Uda di Perlis yang juga merupakan ibu kepada anaknya yang menuntut di tingkatan dua, Lee Eng, 37, menyatakan dia telah mendapat khidmat nasihat tentang pembayaran yuran anaknya semasa mesyuarat PIBG.

“Saya dinasihatkan untuk memilih Pakej B dan hanya perlu membayar RM 44.50 untuk setahun,” ujarnya.

            Pakej-pakej yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan adalah Pakej A membabitkan sekolah yang berada di dalam kawasan sosioekonomi tinggi dengan majoriti ibu bapanya terdiri daripada kumpulan peniaga besar atau kakitangan awam kumpulan profesional. Harga siling yang di tetapkan untuk sekolah rendah ialah sebanyak RM 38.50, manakala bagi sekolah menengah pula ialah sebanyak RM 55.50.

            Manakala Pakej B membabitkan sekolah yang berada di dalam kawasan sosioekonomi sederhana dengan majoriti ibu bapa daripada kumpulan peniaga sederhana atau kakitangan awam kumpulan sokongan. Harga siling yang ditetapkan untuk pakej ini ialah RM 30.50 untuk sekolah rendah dan RM 44.40 untuk sekolah menengah.

            Pakej terakhir yang ditawarkan ialah Pakej C yang mana sekolah ini berada di dalam kawasan sosioekonomi rendah dengan majoriti ibu bapa terdiri daripada kumpulan peniaga kecil, bekerja sendiri, pekerja ladang, atau kakitangan awam kumpulan sokongan II. Ia juga membabitkan sekolah kawasan pedalaman atau sekolah kurang murid (SKM). Untuk pakej ini, paras siling yang di tetapkan ialah RM 23.50 bagi sekolah rendah manakala RM 33.50 bagi sekolah menengah.        

Bil

Jenis Bayaran

SR

SM

1.

Kokurikulum

RM 5.00

RM 10.00

2.

Kertas Ujian Dalaman

RM 10.00

RM 20.00

3.

Sukan Tahunan Sekolah

RM 10.00

RM 10.00

4.

Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

RM 10.00

RM 10.00

5.

Skim Perlindungan Diri

RM 1.50

RM 1.50

6.

MSSM

RM 2.00

RM 4.00

Jumlah

RM 38.50

RM 55.50


                                        PAKEJ A


Bil

Jenis Bayaran

SR

SM

1.

Kokurikulum

RM 3.00

RM 8.00

2.

Kertas Ujian Dalaman

RM 8.00

RM 15.00

3.

Sukan Tahunan Sekolah

RM 8.00

RM 8.00

4.

Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

RM 8.00

RM 8.00

5.

Skim Perlindungan Diri

RM 1.50

RM 1.50

6.

MSSM

RM 2.00

RM 4.00

Jumlah

RM 30.50

RM 44.50


                                       PAKEJ B

Bil

Jenis Bayaran

SR

SM

1.

Kokurikulum

RM 2.00

RM 8.00

2.

Kertas Ujian Dalaman

RM 6.00

RM 10.00

3.

Sukan Tahunan Sekolah

RM 6.00

RM 6.00

4.

Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

RM 6.00

RM 6.00

5.

Skim Perlindungan Diri

RM 1.50

RM 1.50

6.

MSSM

RM 2.00

RM 4.00

Jumlah

RM 23.50

RM 33.50


                                         PAKEJ C

            Jika merujuk kepada pakej-pakej yang ditawarkan, ianya kelihatan munasabah dan berpatutan. Malahan jika terdapat ibu bapa yang tidak mampu untuk menjelaskan yuran tambahan ini sekaligus, mereka mempunyai pilihan untuk membayar secara ansuran atau bulanan. Sebagai contoh, jika ibu bapa dari sekolah yang memenuhi kriteria Pakej C, setelah mendapat persetujuan dari PIBG sekolah terbabit, yuran tambahan yang perlu dibayar bagi sekolah menengah ialah RM 33.50 untuk setahun atau RM 2.79 sebulan. Manakala RM 23.50 setahun atau RM 1. 95 sebulan bagi sekolah rendah.

            Sebenarnya tindakan kerajaan memansuhkan yuran persekolahan dan semua yuran peperiksaan utama bertujuan mencapai objektifnya iaitu kensep pelajaran percuma untuk semua. Ianya bertepatan dengan kehendak semua orang di mana setiap orang layak dan berhak mendapat pendidikan tanpa ada sebab keciciran seperti soal kemiskinan.

            Soal pembayaran yuran tambahan ini sebenarnya dari mula lagi telah timbul salah faham. Ketika kerajaan mengumumkan pemansuhan yuran persekolahan, gambaran awal yang mereka fahami ialah mereka tidak perlu membayar apa-apa dan sekadar menyediakan keperluan asas persekolahan seperti baju seragam, alat tulis dan perkakas persekolahan yang lain. Bertitik tolak dari tanggapan yang salah itu, ianya telah menjadi punca kepada timbulnya pelbagai persoalan dan ketidakpuasan.

            Wujudnya pelbagai penyelewengan sehinggakan yuran tambahan ini mencecah ratusan ringgit berpunca dari ketidakseragaman yuran tersebut. Ramai yang berharap agar kerajaan mengkaji semula yuran tambahan ini dan seterusnya menyelaraskan bagi seluruh negeri. Dengan cara ini, isu pihak yang cuba mengaut keuntungan berlebihan dapat dibendung.   

            Realitinya, kita semua menyedari bahawa kos sampingan untuk sebuah sekolah amat tinggi ditambah lagi bilangan pelajarnya yang ramai. Seperti contoh, ketika penganjuran sukan tahunan, ia memerlukan kos untuk menyediakan peralatan sukan. Malah aktiviti-aktiviti tambahan yang dijalankan bagi meningkatkan jati diri pelajarnya turut memerlukan kos sampingan yang tinggi. Kos-kos sampingan tersebut tidak dapat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Maka, dalam situasi sebeginilah yuran tambahan tersebut akan memainkan peranannya. Secara lahiriah, ia juga merupakan sebahagian dari tanggungjawab ibu bapa.

            Pada peringkat permulaan perlaksanaan yuran tambahan ini, setiap pihak ada kekurangannya. Ketika pengumuman dilakukan, ianya tidak menjelaskan beberapa perkara penting berkaitan perlaksanaan yuran tambahan sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Tetapi pembaharuan yang dilakukan ini jauh sekali unutk membebankan masyarakat. Sebaliknya kerajaan cuba untuk menyediakan pendidikan yang sempurna untuk semua. Ianya terbukti apabila tiada bidang lain yang menerima dana sebesar dana dalam bidang pendidikan.

            Bidang pendidikan sentiasa menjadi keutamaan dan ia telah dibuktikan melalui belanjawan yang dibentangkan sejak Rancangan Malaysia Pertama lagi. Malah sehingga kini, bidang pendidikan masih lagi diberi keutamaan berbanding bidang-bidang lain. 

            Dunia sekarang semakin berkembang pesat dan mempunyai daya saing yang sengit. Pendidikan merupakan satu elemen penting untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga, masyarakat dan negara. Sebaiknya, tidak perlu lagi mempertikaikan isu ini, sebaliknya mencari alternatif lain bagi menangani masalah ini agar kepentingan pendidikan tidak terabai begitu sahaja. 

Going back to school Monday, Feb 11 2008 

Atilia Qistina si Botak

hye..

Meet again..

Cepatnya masa berlalu. Akhirnya tamat sudah waktu bersuka ria dan tibalah waktu untuk ke sekolah semula. Back to school again..

Rasa malas sudah tidak terkata lagi bila memikirkan terpaksa pulang ke ‘penjara’. Tetapi itulah rutin hidup yang terpaksa diteruskan. Masih belum sempurna tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Seminggu di rumah memang melegakan. Betullah kata pepatah melayu bahawa “Rumahku Syurgaku”. Rasa rindu sangat dengan botak. Sempat training jadi pengasuh yang tak bertauliah selama 5 hari. Baru berusia sebulan. Macam tak percaya dapat jaga dia dengan sempurna. Atilia Qistina, secomel namamu.

Longlai kaki ini tatkala melangkah masuk ke kawasan ‘penjara’. Ligat otak memerah keringatnya untuk mengingat kembali kerja-kerja yang belum dilaksanakan. Terlalu banyak..

Hilang segala lemak-lemak yang diternak sewaktu cuti. Bermula kehidupan yang sibuk dan tidak terurus. Siang menjadi siang dan malam tetap menjadi siang.

Tetapi di sebalik semua ini, sebenarnya coming back kali ini agak berbeza sedikit. Aku telah menggalas satu title baru. Terubat sedikit apabila memikirkan kerja yang bertimbun-timbun.  

Harapnya segala-galanya berjalan dengan lancar. Inilah kehidupan sebenar yang terpaksa ditempuhi sama ada suka atau pun tidak.

I’M BACK… Monday, Feb 4 2008 

hye..

Mata aku akhirnya dapat melihat jambatan Pulau Pinang dan tak sampai 1/2 jam lagi kaki aku akan menjejak rumahku syurgaku..

Alangkah bahagianya bila sampai rumah. Rindu sangat. Rasa lama sangat tak balik. At last, I’m home.. Hilang segala kerunsingan dan ke’tensionan’.

Cuti, cuti juga. Biasa la tugas sebagai pelajar bila cuti mesti ada ‘homework’. Tapi ni bukan calang-calang homework. Kena siapkan rencana dan submit 14 Feb. Ok jg tu daripada menternak lemak je kan..

Bagi yang karegori rajin mesti dah sibuk kumpul bahan. Bagi orang yang ketegori macam saya ni, kita enjoy dulu. Kaki tv katakan. Rindu gila lama tak dapat tengok tv. Biasalah kat asrama tu, jangan kata tv, wayerles pun jangan mimpi nak dapat.

Hujung minggu ni ada special guest nak datang. Umah macam tongkang pecah. Maklumlah 2 anak dara belajar jauh. Macam nak pecah kepala fikir nak kena kemas rumah ni.

Dik, cepat la balik.. Kita sama-sama kemas yea..

Rasa lain balik kali ni. Selalunya arwah tok akan datang dan sembang-sembang. Ala-ala gosip la juga. Bila tengok ja rumah depan tu seolah-olah nampak dia kat sana. Sayu tiba-tiba. Kalau lah dia ada sekarang, mesti dia yang paling sibuk tanya pasal special guest tu.. Rindu sangat kat dia..

Perginya Dia.. Saturday, Jan 26 2008 

Kehilangan merupakan satu-satunya benda yang menyakitkan apatah lagi kita kehilangan orang yang tersayang..Yang agak rapat dengan kita.

Dalam masa setahun dan mengalami saat dua kali kehilangan amat meruntun perasaan. Bukan tidak redha dengan pemergian mereka, tetapi sebagai orang yang yang amat akrab dengan arwah, boleh merasai kenapa mereka “pergi”.

Kita acap kali mendengar pepatah bahawa seorang ibu boleh menjaga, memahami 10 orang anaknya tapi malangnya 10 orang anak itu belum tentu boleh menjaga ibu mereka. Sangkanya cita sebegini selalu dimainkan dalam kaca televisyen sahaja, tetapi apabila kita sendiri yang merasainya barulah kita akan sedar dan insaf.. Tetapi semua itu telah terlambat. Yang pergi tak mungkin kembali dan masa yang tidak pernah tidak amanah dengan tugasnya dengan memutarkan kembali masa yang telah berlalu pergi.

Tanggal 24 March 2007, seorang ibu telah kehilangan suaminya yang menjadi temannya yang setia selama ini sudah tentu menuntut anak-anaknya balik untuk menemaninya disisi. Dari 6 orang anak-anaknya, 3 perempuan dan 3 lelaki, hanya 3 orang yang tinggal berdekatan dan senegeri dengan ibu tua ini. Yang selebihnya tinggal di bandaraya terkenal, Kuala Lumpur dan itulah anak-anak kesayangan ibu tua ini. Sewaktu kubur arwah bapa mereka masih merah lagi tanahnya, bermacam-macam janji yang ditaburkan demi membalas jasa ibu mereka yang tinggal keseorangan ini. Ada yang memberi harapan akan membeli sebuah rumah untuk ibu tua ini menghabiskan sisa-sisa hidupnya, ada juga yang berjanji akan pulang seminggu sekali untuk menemani ibu tua ini. Takdir telah menentukan segala-galanya. Ibu tua ini telah disahkan buah pinggangnya rosak dan tidak boleh berfungsi. Rutin bagi pesakit buah pinggang, mereka dikehendaki untuk mencuci darah dalm erti kata lain “Dialisis”.

Bermulalah episod baru bagi ibu tua ini. Tiga kali seminggu ibu tua ini akan dihantar ke hospital. Menantu sulungnya yang menggalas tugas ini memandangkan tinggal berdekatan. Anak-anak kesayangnannya telah bersetuju untuk memilih hospital swasta demi keselesaanya. Bayarannya mencecah 6 ratus seminggu.

Hari berganti hari, masa berganti masa, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan.. Tahap kesihatan ibu tua ini semakin teruk. Janji- janji anaknya hanya tinggal janji. Hendak membelikan rumah, tetapi telah dibelikan banglo untuk isteri dan anak-anaknya. Terbantutlah isu untuk membeli rumah untuk ibu tua ini. Seminggu sekalipun amat payah untuk melihat anak-anak kesayangannya balik menjenguk. Masing-masing sibuk dengan kerja dan jarak yang agak jauh. KL lah katakan.. Mereka hanya menitipkan seorang orang gaji Indonesia untuk menjaga seterusnya menemani ibu tua ini.

Tahap kesihatan ibu tua ini semakin buruk. Mungkin juga rindukan arwah suaminya yang tidak jemu menemaninya dalam apa jua keadaan sekalipun. Ibu tua ini sudah tidak mampu untuk berjalan. Patah-patah percakapannya amat susah untuk difahami. Seolah-olah menunjukkan bahawa semangatnya untuk hidup telah hilang. Jemu sudah dia menanti anak-anak kesayangnya yang menjadi kebanggannya suatu ketika dulu.

Akhirnya, tanpa sebarang tanda mahupun kata-kata akhir dari ibu tua ini, dia memilih untuk “pergi” di tangan anak perempuan sulungnya yang agak kurang mendapat perhatiannya suatu ketika dulu.

Tiada gunanya penyesalan. Ibu tua ini telah membawa rindu dan sayangnya terhadap arwah suaminya ini sampai ke mati. Kuasa tuhan, ibu tua ini telah meninggal pada hari sabtu, iaitu hari yang sama selang 8 bulan arwah suaminya kembali ke rahmatullah.Begitu juga, dia telah membawa rajuk dan kecewanya sakali.

Tiada lagi gulai kari ikan dan Char Hor Fan darinya..

Tenanglah Tok di sana bersebelahan dengan Tok Non…

« Previous Page