NILAI: Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyahut seruan kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai murni dengan mengangkat sumpah Integriti di hadapan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh.
Beliau yang turut merasmikan Minggu Integriti menekankan bahawa nilai murni merupakan elemen penting yang harus ada pada diri pelajar.
“Nilai yang bermula dari manusia, tumbuh dari kesedaran fitrah dan dizahirkan melalui hati yang bersih,” ulas beliau semasa menyampaikan ucapan.
Beliau juga amat bersetuju dengan penganjuran program ini kerana nilai murni ini berkait rapat dengan disiplin dan perlu dicambah di kalangan pelajar.
Majlis yang turut dihadiri Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin berharap objektif program ini dapat dicapai dan seterusnya melahirkan graduan Muslim yang berminda dan berpesonaliti kelas pertama.
Seorang pelajar, Norhamizah Adenan, 22, menyifatkan program ini amat bertepatan dengan misi universiti dan mampu melatih diri dengan lebih berdisiplin.
“Program ini bagus kerana ia memberi kesedaran untuk membina sahsiah dalam pembentukan modul insan.
“Disiplin juga mencerminkan keperibadian diri dan ianya perlu dipraktikkan dalam program seperti ini,” jelasnya.
Seorang pelajar yang ditemui, Siti Halimatun Saadiah, 25, berkata “Program sebegini perlu diteruskan agar ia memberi kesedaran betapa pentingnya integriti dalam menguruskan urusan seharian”.
Antara pengisian program yang bermula pada 28 Jan hingga 1 Feb ialah Kempen Sebarkan Salam, Pameran Rencana dan Penjagaan Keselamatan, Pertandingan Kolej Kediaman Terbaik, dan Penguatkuasaan Etika Pakaian Pelajar.
Setiap fakulti turut mengambil bahagian sepanjang Minggu Integriti ini dengan menganjurkan program-program yang dapat membina dan mengukuhkan lagi integriti pelajarnya.
Seorang pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Arnida Abu Bakar, 32, berkata “Pihak fakulti telah menyediakan pelbagai program Bengkel Plagiarisme dan Lawatan Sambil Belajar”.
Menurut pelajar fakulti ini, Rafidah Shapuan, 24, dia menyokong penuh program ini kerana ia menenam semangat perpaduan di kalangan warganya.
“Program seperti ini mampu mengeratkan hubungan sesama kami di samping melatih diri untuk lebih berdisplin,” ujarnya.
Majlis perasmian tersebut turut diserikan dengan persembahan pentas oleh warga USIM seperti deklamasi puisi, nasyid dan sketsa.
harap intergriti akan kekal dalam diri para pelajar
Mac tak tau la kempen Intergriti berkesan ke x.. huhu.. Budak-budak USIM dan xda intergriti pas habis minggu intergriti..