Melaka – Sekumpulan pelajar yang asyik berdebat bertempiaran lari apabila berlaku percikan api dari alat penghawa dingin.
Kejadian itu disedari oleh pengadil debat tersebut, Muhammad Marwan Ismail, 29.
“Saya terdengar bunyi percikan api dan terkejut apabila api mula marak dari alat penghawa dingin. Saya rasa ia berpunca dari litar pintas,” katanya.
Khuatir berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini, seorang pelajar, Mohd Suhaidi Sautar, 25, bergegas mendapatkan pemadam api dan memadamkan api tersebut.
“Saya kaget melihat rakan-rakan menjerit ketakutan dan teringat pemadam api ada disediakan di luar dewan,” ujarnya.
Berikutan kecekapan Mohd Suhaidi menangani kejadian tersebut telah menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih buruk. Seorang pelajar, Mariana Jusoh, 23, berkata dia amat terkejut apabila melihat api tersebut dan merasa sesuatu buruk bakal berlaku.
“Mujur Suhaidi cepat ambil tindakan, jika tidak pasti penghawa dingin itu akan meletup,” jelasnya. Sementara itu, seorang pelajar, Norlina Rusli, 24 menjelaskan bahawa dewan yang digunakan itu mengalami beberapa kerosakan teknikal.
“Saya dan rakan-rakan lain ada terhidu bau hangit dan tidak menyangka bau itu datang dari penghawa dingin,” jelasnya.
Akibat dari kejadian tersebut, aktiviti debat yang hangat berlangsung dihentikan sementara bagi men’sejuk’kan kembali dewan terbabit. Kumpulan pelajar yang terlibat adalah dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Tahun Tiga yang mengadakan Program Pengkayaan Bahasa di Tanjung Bidara Beach Resort. Ianya adalah susulan dari subjek fakulti yang ditawarkan pada semester ini.
Aktiviti debat yang dijalankan merupakan sebahagian dari pengisian program bertujuan mencungkil dan mengasah bakat baru di samping memperkayakan bahasa Arab di kalangan pelajarnya.
emm..itu gunanya pengalaman, tidak dapat dijual dan di beli..jadi carilah pengalaman selagi hayat dikandung badan…
execellent piece of work! congrats!
error: men’sejuk’kan bisa diganti dengan “menyejukkan”.
keep on drawing your mind.
wow,k.leena macam mane aksi suhaidi agaknye erk?