Nilai- Semua pelajar USIM kini berpeluang melakukan rawatan kecantikan atau lebih dikenali sebagai ‘facial treatment’ dengan harga yang berpatutan. 

  Velle Cosmetics kini dibuka di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) dengan menawarkan pelbagai rawatan kecantikan seperti sauna, rawatan muka serta menjual produk kecantikan dan kesihatan.

  Menurut pemilik pusat kecantikan, Fairuz Aini, 24, beliau mahu menyedarkan bahawa pentingnya penjagaan muka khususnya kepada para pelajar.  “Rawatan kecantikan ini bukan hanya golongan atasan atau yang mereka yang berumur sahaja, sebaiknya penjagaan muka bermula dari remaja lagi,” ulas beliau yang turut memiliki sebuah lagi pusat kecantikan di Bukit Jalil.

  Pusat kecantikan ini mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya para pelajar. Rawatan muka dan sauna menjadi pilihan ramai berikutan harga yang ditawarkan munasabah.

  “Saya memang mengambil kira latar belakang mereka sebagai pelajar dan kesemua produk serta rawatan akan diberi ‘special price’”, jelas beliau lagi. 

  Bagi rawatan kecantikan lengkap akan dikenakan sebanyak RM 35, manakala bagi rawatan kecantikan biasa hanya RM 25 untuk sekali rawatan. Malah, pelanggan Velle Cosmetics juga boleh merehatkan badan dengan bersauna dan kadar bayarannya RM 25 untuk satu sesi.

  Seorang pelajar, Norwahidah Shariffuddin, 24 yang telah menjalani rawatan muka berpuas hati dengan rawatan yang diterimanya.

  “Sebelum ini saya telah menggunakan produk yang salah dan mengakibatkan kulit menjadi sensitif. Selepas menjalani rawatan dan mendapat nasihat tentang penjagaan muka, saya berasa lebih selesa,” ujarnya.

  Seorang pelajar yang turut mencuba rawatan muka, Nik Nur Asyikin Nik Yahya, 24, juga yakin dengan rawatan yang ditawarkan.

  “Saya mempunyai masalah jeragat hitam yang tumbuh di wajah dan sekarang jeragat itu telah dibersihkan,” katanya yang mahu mencuba sauna untuk membuang toksin di dalam badan.

  Pusat kecantikan ini sedia menerima tempahan pada hujung minggu sekiranya pelajar berkeinginan membuat rawatan pada hari tersebut.